Tuesday, April 1, 2008

WAHYU PERTAMA

Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w bermula dengan mimpi yang baik di dalam tidurnya, baginda melihat sesuatu di dalam mimpinya seperti cahaya fajar sebelum terbit matahari dan setelah itu baginda suka mengasingkan diri dan beribadat di Gua Hira' selama beberapa malam sebelum pulang kepada keluarganya untuk mengambil bekalan. Apabila bekalan habis, baginda pulang menemui Khadijah untuk mengambilnya lagi, sehinggalah malaikat datang ketika baginda berada di Gua Hira' tersebut lalu berkata:"Bacalah!!!". baginda menjawab:"Aku tidak tahu membaca". Baginda berkata lagi: " Malaikat memelukkku sehingga aku terasa susah hendak bernafas, kemudian melepaskan aku lalu berkata: "Bacalah!!!". Aku menjawab :"Aku tidak tahu membaca" Malaikat memelukku buat kali ke kedua sehingga aku terasa susah untuk bernafas, kemudian melepaskan aku lalu berkata: "Bacalah!!!". aku menjawab:" Aku tak tahu membaca" dia memelukku buat kali ketiga kemudian melepaskan aku, lalu turunlanh surah al-'Alaq ayat 1-5.
Rasulullah s.a.w pulang dengan hati yang gementar,setelah tiba dirumahnya baginda meminta Siti Khadijah supaya menyelimutkannya. Setelah baginda berasa tenang, baginda telah menceritakan segala peristiwa yang berlaku terhadapnya sekejap tadi. Kemudian, Khadijah membawa Rasulullah s.a.w menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, sepupu Khadijah yang beragama Nasrani pada masa jahilliyah . Beliau menulis kitab ke dalam bahasa Ibrani dan telah menterjemahkan kitab Injil kedalam bahasa Ibrani. Beliau seorang yang tua lagi buta. Khadijah telah menceritakan segala peristiwa yang terjadi kepada Rasulullah s.a.w sebentar tadi. Dia terkejut. Semua tanda yang diketahuinya ada pada Muhammad, sehingga beliau berkata: Alangkah baiknya kalau waktu itu aku masih muda supaya aku dapat membantu kamu habis-habisan. Ketika mana kaummu mengeluarkan mu dari negerimu". Rasulullah bertanya kepadanya:" Apakah mereka akan menghalau aku?". Beliau menjawab:" Ya. Setiap lelaki yang didatangkannya (wahyu) akan dimusuhi, sekiranya aku mampu untuk menolongmu pada hari itu nescaya aku akan menolong kamu secara bersungguh-sungguh tetapi Waraqah bin Naufal tidak sempat bersama kerana beliau meninggal dunia ketika wahyu di berhentikan buat sementara waktu.

11 comments:

aisya humaira said...

kalau boleh jelaskan macam mana rupa malaikat semasa menyampaikan wahyu kepada NABI MUHAMMAD S.A.W..

wahdatul _solehah said...

ok sangat dan jalan cerita yang menarik.. teruskan usaha yeeee

hUsNa & FaZiLaH said...

from husna-fazilah


slm gd job syabas betee...
cternyer ok..klu blh truskn perjungan dgn mnulis blog ag ekh..
smbng la per2 cter psl nbi..
kbykkn rmaja skrg xbp tau psl wahyu ni so bgus la..truskn perjungan wahai shbt ku trsyng..
chayok2
aja2 fighting...
k wslm

syazwanileeya said...

ok jalan crita yang sangat menarik.. GOOD LUCK..

north & south said...

ASLKM...

crite yg mnarik, crite yg mnyayat hati..
huhu..hmpr nk nangis..huhu..
smge mnjadi tladn kpd kite..
kagungan rasullah..
ssetiaan siti khadijah..
dn kesanggupn naufal..
AKHR KALAM..

La QuIE' dELa' SiRIoNiE'?//

MKSDNYA..
SLMT MAJU JAYA..
DON'T GIVING UP BFORE DONE IT..
GOOD LUCK FOR EXAM..
ASLKM..

safa87 said...

assalammualaikum..
ok sangat cite yang korang tulis nh..teruskan menulis kisah2 nabi muhammad...sbgai satu teladan pada seluruh makhluk alam dibumi ALLAH ini..ssnguh nya baginda adalah manusia yang paling paling mulia disisi ALLAH..

azna said...

from:yanna comel
assalamualaikum
wah!!!!,mantap..memang kite perlu baca n hayati tntg sirah rasul
tahniah buat korang
tapi,latar tu tolong eak!!!orennya?????,sakit mata laaaa!!!heeee
ukhaidhik!!!

azna said...

GEE....
Tahniah krn dpt m'nyiapkn pnulisan ini dgn baik sekali tp lg cantik pnulisan ini jika di bgithu dgn lbh detail lg bla trunnya wahyu ni n pnerngn dgn lbh lg m'genai gua hira' sbg tmpt trunnya whyu,nape tmpt ini d plih n sebb kpd trjdinya pnurunan wahyu yg pertama ini.Dunia ini hanyalh pents lkonan je u kt. kt hanyalh pelakon bg smo cerita....

sarahyati said...

salam.....good job....memang menarik n mungkin dapt menarik para pembaca dgn ini secara tidak langsung dakwah kamu berkesan.
tq, saya ucapkan di atas usaha kamu dlm mencerita kisah ini, ada pembaca yg th kisah ini dan ada jugak yang xth, dgn membaca blog ini mereka akan memgetahuinya. teruskan usaha anda....nanti komen kt sy jgk tau....

izyan said...

alhamduliah
mgkin boleh letakkan sdikit hikmah di sebali kisah penurunan wahyu ni
iaitu berlaja mesti la berguru..
menghadap guru...iaitu bertalaqi..
baru la keberkatan itu lbh sempurna..

Aishah said...

salam,
bagus..penceritaan kalian.. mantap sekali.. di harap teruskan lagi dengan pelbagai kisah-kisah rasul bagi menarik minat pembaca secara mendalam tentang Baginda. Insyaallah..

last, gud luck 4 exam.